Peristiwa Masjid al-Dhirar

Masjid al-Quba.[4]

Abu 'Amir ar-Rahib merupakan seorang yang beragama Hanif.[10] Walau bagaimanapun, dia tidak menyukai Nabi Muhammad , dan dilaporkan bertarung dalam Perang Badar. Dia mahu mempertahankan status penduduk Madinah yang membenarkannya untuk mengamalkan agamanya secara bebas. Dia juga menyertai pasukan Musyrikin Quraisy menentang Islam ketika Peperangan Uhud. Kebanyakannya mengatakan yang Abu Amir telah meminta bantuan pemerintah Byzantine untuk membantunya menentang Nabi Muhammad . Abdullah ibn Ubayy pula ialah anak saudaranya. Abu Amir meninggal pada tahun ke-9 atau ke-10 Hijrah di perkarangan istana Heraclius.[11]

Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya yang Abu 'Amir Ar-Rahib (rahib Kristian) memberitahu golongan Muslim munafiq Ansar untuk membina masjid. Abu Amir juga diriwayatkan berkata kepada beberapa orang yang dia akan berjumpa dengan Maharaja (Caesar) Empayar Byzantine dan kembali dengan Tentera Rom untuk menghalau Muhammad.[7]

Menurut Ar-Rahīq al-Makhtum, buku moden kisah Nabi Muhammad yang dikarang oleh penulis India Muslim Saif ur-Rahman Mubarakpuri, masjid yang diberi nama Masjid-e-Dharar telah dibina oleh kaum Munafiq. Apabila masjid tersebut siap dibina, pembinanya mendekati Nabi Muhammad untuk bersembahyang di dalamnya. Tetapi baginda mengangguhkan dahulu hal tersebut sehingga kepulangan baginda dari Perang Tabuk. Melalui wahyu, Nabi Muhammad telah diberitahu tentang tujuan masjid tersebut yang mempunyai unsur menentang Islam. Maka, kembalinya baginda dari Tabuk, baginda menghantar sepasukan tentera Islam untuk memusnahkan masjid tersebut.[9]

Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri turut menyebut akan hal ini. Beliau berkata yang masjid tersebut telah dibina oleh mereka yang enggan bersembahyang di Masjid Quba hanya kerana ia dibina di tempat yang pernah tertambatnya seekor keldai. Mereka lebih rela membina masjid lain sehingga Abu Amir boleh mengimamkan sembahyang di dalamnya. Walau bagaimanapun, Abu Amir tidak pernah memeluk Islam tetapi dia lebih rela untuk meninggalkan Madinah dan memeluk agama Kristian. Banu Amir ibn Awf telah membina Masjid al-Quba dan Nabi Muhammad telah mengimamkan sembahyang di dalamnya tetapi, satu lagi kabilah yang bersaudara, Banu Ghan ibn Awf telah berasa iri hati dan turut mahukan Nabi Muhammad bersembahyang di dalamnya, tetapi mereka turut berkata: "Abu Amir mungkin melalui kawasan ini dalam perjalannya dari Syam, dan mengimamkan sembahyang kita".[4] Nabi Muhammad yang bersiap untuk ke masjid tersebut telah dihalang oleh turunnya wahyu yang mendedahkan tentang niat jahat dan kemunafikan pembina masjid itu.[5]

Rujukan

WikiPedia: Masjid al-Dhirar http://detikislam.blogspot.com/2013/06/masjid-dhir... http://www.hajinformation.com/main/h2022.htm http://tafsir.com/default.asp?sid=9&tid=22010 http://www.tafsir.com/default.asp?sid=9&tid=22010 http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://faculty.washington.edu/brownj9/LifeofthePro... http://www.islamic-book.net/ar/Rihlat-Alnobowwah.h... http://military.hawarey.org/military_english.htm http://mosab.hawarey.org/